JOHOR BAHRU: Pelakon dan pelawak veteran, Mat Sentol atau nama sebenarnya Abd Rashid Yahaya, bersyukur keadaan kesihatannya masih baik dan mampu berjalan meskipun menggunakan tongkat termasuk ke Bazar Ramadan.
"Masih belum cukup tua, ramai lagi yang tua dan gagah berpuasa. Alhamdulillah saya masih mampu berpuasa," katanya yang kini berusia 89 tahun.
Masih keletah dengan lawak jenakanya yang bersahaja, anak kelahiran Muar ini pernah membintangi beberapa filem antaranya Mat Tiga Suku, Mat Bond, Mat Toyol, Mat Karong Guni dan Mat Magic.
Menggemari masakan mee siam Singapura, Mat Sentol yang tinggal berdua dengan anak lelakinya, Roslee Rashid, 60, masih menghabiskan masa lapangnya dengan menulis skrip menggunakan tulisan jawi.
Seniman yang juga pernah aktif menghasilkan iklan televisyen dan radio antaranya Jojo, Tora, Ding Dang dan Apollo itu, masih mempunyai ingatan yang kuat malah bait-bait lagu dan dialog iklan juga masih mampu diingatinya membuktikan kesihatannya yang baik.
Ketika ditanya adakah bersedia untuk kembali berlakon, Mat Sentol secara spontan menjawab "Bila-bila masa," katanya berseloroh sambil disambut ketawa pelawat yang hadir di rumahnya di Larkin, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa di kediamannya, hari ini.
Sementara itu, Annuar Musa berkata aspirasi perjalanan hasil karya Mat Sentol harus dijadikan aset dan panduan kepada generasi muda.
Sehubungan itu, beliau berharap pihak berkaitan seperti Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) agar mengambil langkah tertentu untuk meletakkan kedudukan seniman negara itu di tempat yang sepatutnya.
"Mat Sentol adalah legenda hidup dan wira tidak didendang yang harus kita hargai. Dengan adanya sambutan Hari Seniman setiap 22 Mac, kita harap seniman-seniman seperti Mat Sentol ini dikenang dan dihargai," katanya yang turut menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan juga pakaian kepada seniman tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 17 2022
Anak kelahiran Muar ini pernah membintangi beberapa filem antaranya Mat Tiga Suku, Mat Bond, Mat Toyol, Mat Karong Guni dan Mat Magic. - Facebook Tan Sri Annuar Musa
Wanita bunuh teman rapat dipenjara 33 tahun
Mahkamah Persekutuan mengenepikan hukuman mati terhadap seorang wanita kerana membunuh teman rapatnya dan menggantikan kepada hukuman penjara 33 tahun.
Dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024, eksport naik 9.1% cecah RM114.7 bilion - DOSM
Jumlah dagangan Malaysia meningkat 12.1% kepada RM221.7 bilion pada April 2024 berbanding RM197.8 bilion setahun sebelumnya, kata Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Trafik Malaysia meningkat kepada 7.9 juta pada April 2024 - MAVCOM
Trafik penumpang udara Malaysia meningkat 19.5 peratus tahun ke tahun kepada 7.9 juta pada April 2024, dan meningkat lapan peratus bulan ke bulan dari Mac 2024, menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).
Pasangan kekasih ditahan kes buang bayi di kedai jual ayam
Polis menahan seorang wanita hari ini kerana dipercayai meninggalkan bayi lelakinya berusia kira-kira seminggu, baru-baru ini di sebuah kedai menjual ayam proses di Chukai, Terengganu.
Persatuan Hotel Malaysias sambut ulang tahun ke-50
Persatuan Hotel Malaysia telah menyambut tahun jubli emas penubuhannya di ibu negara pada 17 Mei lepas, dengan dihadiri 800 tetamu khas.
Tuntutan palsu: Tiga pegawai latihan institut kemahiran direman
Dua lelaki dan seorang wanita itu ditahan kira-kira 4.10 petang semalam selepas hadir memberikan keterangan di pejabat SPRM.
Projek pembangunan luar bandar perlu disempurnakan sebaiknya - Ahmad Zahid
Setiap pemegang taruh dalam ekosistem pembangunan luar bandar perlu memastikan program atau projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dapat disempurnakan sebaiknya.
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ekonomi Bumiputera: 5,000 pemimpin profesional menjelang 2030
Yayasan Peneraju akan memfokuskan kepada pembangunan bakat untuk meningkatkan kelas pencipta nilai Bumiputera dan berperanan sebagai Talent Bank untuk mengenalpasti, membangun, memupuk, mengurus dan menyalur bakat Bumiputera.
Ekonomi Bumiputera: Kerajaan berhasrat gandakan syarikat di Bursa Malaysia
Kerajaan berhasrat untuk menggandakan jumlah syarikat Bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia pada masa hadapan melalui penjajaran semula tiga agensi bermandat Bumiputera di bawah kawal selia Kementerian Ekonomi.
Mat Sentol terima Anugerah Kehormat Permata Dunia daripada MMU
Anugerah julung kali itu diberikan kepada Abdul Rasip bagi mengiktiraf dan menghargai jasa serta sumbangannya.
Zaleha Hamid, Mat Sentol antara penggiat seni terima bantuan PRE Ihsan Johor 3.0
Bantuan RM500 secara sekali beri bertujuan menghargai jasa dan pengorbanan penggiat seni di negeri ini yang turut terkesan akibat COVID-19.
Mat Sentol masih sihat, masih keletah berlawak jenaka
Mat Sentol membuktikan dia masih sihat sekali gus menafikan dia terlantar sakit seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.